Shahrir Samad: DAP hanya mahu 'bunuh' MCA di Johor
SH - 25 Mac 2013
JOHOR
BAHRU - Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk
bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah untuk satu
tujuan iaitu 'membunuh' MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN)
ini, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Anggota
parlimen Johor Baharu itu berkata, DAP berharap apabila ia berjaya
'membunuh' MCA pada PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai
wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor.
"Ini
tujuan DAP sebenarnya, untuk mengalahkan MCA dan jikalau mereka
berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada
politik perkauman.
Adakah ini yang dimahukan oleh masyarakat Cina di Johor?," katanya mengulas merasmikan jentera PRU13 Puteri, Pemuda dan Wanita BN baru-baru ini.
Adakah ini yang dimahukan oleh masyarakat Cina di Johor?," katanya mengulas merasmikan jentera PRU13 Puteri, Pemuda dan Wanita BN baru-baru ini.
Menurutya,
DAP mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan parti
pembangkang itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lepas -
'membunuh' parti Gerakan di negeri pulau itu.
Walaupun
DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi parti pembangkang
itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya
menentang calon BN daripada parti MCA, kata Shahrir baru-baru ini
ketika mengulas tindakan DAP memindahkan pemimpinnya bertanding di
Johor.
DAP
yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13,
memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di
kawasan parlimen Gelang Patah.
Parti
pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin
Tong yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai
calonnya di Johor dengan kemungkinan besar kerusi parlimen Kluang
menjadi pilihan.
Anggota
parlimen Johor Bahru itu berkata terdapat juga spekulasi pengerusi DAP
Karpal Singh akan bertanding di Johor pada PRU13 ini, untuk kerusi
parlimen Kulai yang kini disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka
Ting.
Shahrir
juga tidak menolak kemungkinan setiausaha agung DAP yang juga Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanding di Johor memandangkan
beliau dilahirkan di Johor Bahru.
Parlimen
Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, manakala parlimen Gelang Patah
diwakili Tan Ah Heng.
Masyarakat
Cina di Johor, kata Shahrir, perlu bertanya diri sendiri sama ada
mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara
daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana
dilakukannya kini.
Berlainan
dengan pembangkang, BN, katanya, tidak mencampuri urusan
sekolah-sekolah Cina sebaliknya menyerahkan pengurusan kepada persatuan
Tionghua, sama seperti yang dilakukan dalam pengurusan hal ehwal agama.
"DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempolitikkan semua perkara.
Masyarakat
Cina, Melayu dan India di Johor perlu bertanya sama ada ini baik untuk
masa depan di Johor dan Malaysia," kata Shahrir.
Mengenai
kemungkinan PKR meletakkan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri
Hashim Hussein sebagai calon mereka di kawasan parlimen Johor Bahru,
Shahrir berkata apa yang lebih penting ialah sokongan pengundi, bukan
calon.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.