LKS dipuji oleh ahli DAP kerana berani harakiri bertanding di parlimen Gelang Patah Johor. Semua orang tahu Johor adalah kubu kuat UMNO. Melayu Johor Melayu kelas pertama...
Anwar Ibrahim sepatutnya juga berani ikut LKS berjuang seperti ikan
todak melanggar Singapura. Anwar Ibrahim telah buat keputusan tidak mahu
bertanding lagi di parlimen Permatang Pauh.
Anwar Ibrahim sepatutnya memilih bertanding di parlimen Jerantut tempat negeri PM DS Najib barulah anak jantan.
Anwar Ibrahim tidak perlu bertanding di parlimen Kuantan yang perlu
diberi kepada Fuziah kerana pakar dalam mengeksploitasi isu Lynas.
Anwar Ibrahim perlu percaya dan yakin bahawa 81% pengundi Melayu Jerantut boleh menyokong perjuangan beliau.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan Sinar Harian membuat
pengumuman untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Permatang pauh
yang pernah disandangnya sebaliknya berhasrat untuk bertanding semula di
Perak atau Selangor.
“Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.
“Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Difahamkan, Anwar kini mencari kawasan yang jumlah pengundi antara
Melayu dan bukan Melayu hampir sama berbanding dengan majoriti pengundi
di Permatang Pauh yang didominasi pengundi berbangsa Melayu dengan 69.4
%, diikuti bangsa Cina 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala
lain-lain adalah 0.1 %.
Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada
Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail.
Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang
Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon
untuk diletakkan di kawasan itu.
Anwar juga turut mengesahkan, anaknya, Nurul Izzah akan kekal bertanding di Lembah Pantai.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.