AIDCNews – 28/03/13 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengaku bertemu Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) pada
tahun 1990-an iaitu ketika beliau masih berjawatan Timbalan Perdana
Menteri yang dilihat sebagai cubaan untuk menyembunyikan pertemuan pada
Julai dan Ogos 2012, kira-kira enam bulan sebelum pencerobohan pengganas
di Lahad Datu.
“Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden
Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya
menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian
perdamaian antara Filipina dengan MNLF.
“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana
itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat
menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).
“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan
peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi,
saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur
Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit
Perancangan Ekonomi).
“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika
itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata
Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan
& Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu 24 Mac, dilaporkan Suara Keadilan.
Blogger Sabah, musram rakunman
berkata selepas insiden pencerobohan, Anwar hanya berani datang ke
tempat yang aman seperti Kota Kinabalu, tetapi takut menghampiri
kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Lahad Datu, khususnya Sabah
Timur.
“Kini penduduk yang dilanda krisis terutama pantai timur Sabah,
rata-rata penduduknya begitu beremosi dan marah kepada “bakal Perdana
Menteri” itu.
“Anwar tidak dapat menyorok lagi pengelibatannya terhadap penerobohan
Lahad Datu, kerana bukan sahaja media tempatan, malah antarabangsa
seperti AFP, Reuters, Manila Times dan banyak lagi membawa laporan
bahawa persengkongkolan antara Anwar dan Nur Misuari adalah punca
pencerobohan Lahad. Datu.
“Anwar boleh mengelak sementara waktu, tapi ingat, pelanduk selalu lupa pada jerat,”katanya.
Pertemuan enam bulan sebelum pencerobohan
Raja Petra Kamarudin (RPK), pengendali portal propembangkang,
Malaysia-Today baru-baru ini mendedahkan dua kali pertemuan Anwar dengan
Misuari berlaku kira-kira tujuh atau enam bulan sebelum berlakunya
pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Pertemuan itu berlaku pada tarikh dan lokasi berbeza iaitu pada 16
Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan pada 4 Ogos 2012 di
Manila.
“Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari – yang sangat
dekat dengan Anwar sejak masih dalam kerajaan – dan komander tentera
MNLF.
“Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan
telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia – satu lagi kawan rapat Anwar –
menurut perintah Anwar.
“Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 bertujuan
untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian,”katanya dalam rencana
bertajuk “The untold story of the Lahad Datu incident.”
Dalam pertemuan itu Anwar dilaporkan telah meminta bantuan Misuari
untuk memenangi sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi parlimen di
Malaysia Timur untuk merebut kuasa kerajaan persekutuan dari Barisan
Nasional (BN).
RPK berkata, Anwar yakin dapat menang 82 hingga 85 kerusi di
Semenanjung, tetapi tidak begitu yakin dapat memenangi 57 kerusi di
Sabah dan Sarawak, oleh itu beliau telah meminta pertolongan Misuari
untuk menjayakan hasrat Pakatan mendapat jumlah kerusi tersebut.
Dedahnya lagi, Anwar meminta pertolongan Misuari itu kerana tahu
ramai warga Filipina beragama Islam yang berada di Sabah dan Sarawak
turut memegang kerakyatan Malaysia dan boleh mengundi.
Sebagai balasan, RPK berkata Anwar telah berjanji bahawa Sabah dan
Sarawak akan diberi autonomi, apabila Pakatan menang kerajaan
persekutuan.
“Negeri itu akan diberikan royalti minyak 20% untuk memastikan Sabah
dan Sarawak menjadi kaya, dengan dianggarkan RM4 bilion setahun bagi
setiap negeri.
“Anwar juga berjanji bahawa rakyat Filipina yang bukan warganegara
Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan Malaysia, atau
sekurang-kurang status pemastautin tetap supaya mereka boleh mencari
pekerjaan di Sabah,” dedahnya.
Nur Misuari telah bersetuju kepada terma Anwar kata RPK dan telah
melantik Ibrahim Omar sebagai penyelaras, atau “duta tidak rasmi” ke
Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri
ini.
RPK turut mendakwa pencerobohan pengganas ke Lahad Datu adalah sebagai sebahagian strategi merealisasi mencapai matlamat itu.
“Ia untuk meyakinkan umat Islam Filipina di Sabah bahawa mereka mesti
bersatu di belakang Anwar untuk mendapatkan autonomi daripada kerajaan
persekutuan,” dedahnya lagi.
Friday, 29 March 2013
Anwar Mengaku Bertemu Misuari 1990-an, Sembunyi Fakta Pertemuan Sebelum Pencerobohan Lahad Datu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.