Ketika ini, terdapat 75 individu sedang menuntut takhta Kesultanan
Sulu termasuk waris palsu, Jamalul Kiram III yang menjadi ketua kepada
gerombolan penceroboh Lahad Datu dan Sultan Rodinood ibni Sultan Julaspi
Kiram II.
Walaupun bukti menunjukkan Jamalul Kiram III bukanlah berketurunan
Raja Muda Mawalil Wasit II seperti didakwanya, tetapi dia tetap bertegas
bahawa dia merupakan waris sah keturunan Sulu.
Hakikatnya, bapa Jamalul Kiram, Punjunggan Kiram bukanlah berasal
dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu memandangkan Punjunggan Kiram
bukan anak kandung Raja Muda Mawalil Wasit II. Sebaliknya Punjungga
Kiram merupakan anak kepada Amir Hamzah, bekas suami Mora Napsa Laga.
Semasa beliau sedang mengandungkan Punjunggan Kiram, Mora Napsa telah
mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya (ketika itu), Amir
Hamzah kerana ingin mengahwini Raja Muda Mawalil Wasit II sebagai isteri
ketiga.
Kelahiran Punjungga Kiram terpaksa dibinkan dengan nama Mawalil Wasit
II atas tipu-helah Mora Napsa agar anaknya itu tidak dicemuh kalangan
keluarga Mawalil yang berdarah bangsawan Sulu.
Namun, Mawalil Wasit II juga mempunyai dua isteri sebelum Mora Napsa.
Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Datu Attik, Mawalil Wasit
mempunyai anak bernama Esmail E. Kiram.
Walaupun Raja Muda Mawalil Wasit II pada permulaannya menyerahkan
gelaran Raja Muda kepada Punjunggan Kiram, anak Mora Napsa, tetapi
status itu terpaksa dibatalkan apabila Raja Muda Mawalil Wasit II yang
baru menaiki takhta mengetahui bahawa Punjunggan Kiram bukan dari darah
keturunannya.
Baginda kemudiannya menyerahkan gelaran Raja Muda itu kepada Esmail
E. Kiram, anaknya bersama Datu Attik. Namun hayat Raja Muda Mawalil
Wasit II tidak lama menyebabkan baginda gagal dimahkotakan sebagai
Sultan Sulu. Maka disebabkan itu hanya gelaran Raja Muda kekal pada
namanya dan bukanlah gelaran Sultan.
[besarkan imej sila klik di sini]
Kemangkatan Raja Muda Mawalil Wasit II sebelum sempat dimahkotakan
ini ternyata menyebabkan berlakunya pertikaian kalangan kerabat
Kesultanan Sulu apabila pemilik takhta Sultan Sulu mula menjadi tanda
tanya.
Sultan Esmail Kiram II, sebagai Raja Muda dimahkotakan sebagai Sultan
Sulu yang baru, namun mendapat tentangan hebat Punjunggan Kiram dan
beberapa waris lain yang merasakan diri mereka lebih berkelayakan.
Punjunggan Kiram telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf
mana-mana individu selain darah keturunannya sebagai “waris sah” Sultan
Sulu dan menuduh Sultan Esmail E. Kiram (atau Esmail Kiram I) sebagai
perampas kedudukan dan takhta Kesultanan Sulu.
Ketika ini, gelaran Raja Muda yang diberikan kepada Agbimuddin Kiram,
adik kepada Jamalul Kiram III ternyata tidak sah apabila keturunannya
Punjunggan Kiram ternyata tidak mempunyai sebarang hak ke atas takhta
kesultanan Sulu, sementelaah gelaran Raja Muda Punjunggan Kiram telah
ditarik balik oleh Raja Mawalil Kiram II.
Sebaliknya Raja Muda Muedzul Lail Tan Kiram ibni Almarhum Sultan
Mahakuttah Kiram ibni Sultan Esmail Kiram I dilihat lebih berkelayakan
untuk menuntut Kesultanan Sulu kerana merupakan berdarah Raja Muda
Mawalil Wasit II disamping beberapa dokumen turut mengiktiraf hak
baginda terhadap kerajaan Sulu.
Friday, 29 March 2013
Selain Jamalul Kiram III, 75 Individu Lagi Tuntut Jadi Sultan Sulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.