Friday, 29 March 2013

Wan Azizah Disaran Undur Politik, Uruskan ‘Perlakuan’ Anwar

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dinasihatkan berundur daripada dunia politik bagi membolehkan beliau memberi lebih tumpuan kepada ‘perlakuan’ suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering dikaitkan dengan isu moral yang menjijikkan.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, kehadiran Wan Azizah ke dalam kancah politik tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat sebaliknya sekadar menjadi ‘patung bernyawa’ kepada PKR.
“Nama sahaja Presiden PKR, tetapi segala dasar dan keputusuan PKR ditentukan oleh Anwar dengan mendapat nasihat daripada DAP, jadi daripada berterusan menjadi patung lebih baik berundur dan kembali semula sebagai suri rumah sepenuh masa,” katanya.
Beliau berkata, selama kehadiran beliau bersama PKR tidak ada sebarang sumbangan dan khidmat bakti yang mampu disalurkan kepada rakyat sebaliknya banyak membawa implikasi buruk kepada perpaduan rakyat di negara ini.
“Bersama Anwar, mereka menabur fitnah terhadap kerajaan, kebajikan pengundi tidak diambil peduli, tinggalkan kawasan kerana sibuk beceramah, jadi pemimpin jenis ini sepatutnya ditolak oleh rakyat,” tegasnya.
Justeru kata beliau, adalah lebih manis dan elok bagi Wan Azizah memberi tumpuan kepada keluarganya terutama mengurus kehidupan dan perlakuan Anwar yang sering dikaitkan dengan pelbagai isu negatif.
“Pada hemat saya, tidak perlu untuk Wan Azizah menawarkan diri untuk bertanding di kerusi DUN Selangor kerana kehadirannya sudah tidak lagi diperlukan,” katanya mengulas laporan media yang menyebut Presiden PKR itu akan bertanding di salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Wan Azizah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh semalam telah mengesahkan akan bertanding di salah satu kerusi DUN Selangor tetapi kawasan mana yang beliau akan bertanding belum lagi diputuskan oleh parti.
PKR Selangor bagaimanapun dilaporkan telah menawarkan kerusi DUN Seri Muda di Kota Raja, Kota Anggerik di Shah Alam, Seri Setia di Kelana Jaya dan Sementa di Kapar.
Mengulas lanjut, Seyd Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO / BN Wilayah Persekutuan berkata, perkembangan terbaru itu jelas membuktikan Anwar cuba membentuk ‘dinasti politik keluarga’ sepertimana dilakukan oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh.
“Anak beranak (Anwar, Wan Aizah dan Nurul Izzah) mahu jadi wakil rakyat, ini perangai tamak dan dan tidak sedar diri, sedangkan masih ada lagi pemimpin PKR yang mungkin boleh diberikan peluang,” ujarnya.
Mengulas kemungkinan bekas –bekas pegawai polis dan tentera akan dicalonkan oleh pakatan pembangkang pada PRU ke-13 untuk menentang calon BN, beliau berkata UMNO tidak pernah gentar berdepan dengan situasi sedemikian.
Katanya, UMNO bukan pertama kali berdepan dengan kedaan seperti itu dan pengundi lebih bijak untuk membuat penilaian serta keputusan dengan mengambil kira apa sebenarnya motif mereka menyertai pembangkang.
“Lazimnya mereka ini (bekas pegawai polis dan tentera) menyertai pembangkang kerana kecewa atau berdendam disebabkan sesuatu hajat mereka tidak tercapai semasa dalam perkhidmatan,” tegasnya.
Sebagai bekas anggota keselamatan negara kata beliau, mereka ini sepatutnya kekal dengan semangat dan ikrar untuk terus mempertahankan kerajaan yang terbukti telah banyak membawa kebaikan kepada rakyat.
“Tetapi kerana hati kecewa, mereka naik pentas pembangkang dan cemuhkan kerajaan, perlekehkan sistem keselamatan negara dan dedahkan pelbagai maklumat yang tidak sepatutnya dibocorkan kepada orang awam,” ujarnya lagi.
Antara mereka yang dikatakan akan bertanding pada PRU akan datang ialah Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamidf atas tiket PKR dan bekas Pengarah Siasatan Jejayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari mewakili PAS

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers