Tahun 1996 dahulu, negara kecoh dengan kewujudan BABYRINA, seorang model
lucah Melayu pertama di Internet. Pada ketika itu, belum ada lagi
blogspot, belum ada lagi wi-fi, belum ada lagi broadband, jauh sekali
streamyx dan unifi. Boleh dikatakan, kesemua laman web menggunakan
TRIPOD dan GEOCITIES. Kalau dibangunkan sebuah laman web pun,
perbelanjaannya amat besar dan aksesnya tidaklah selancar sekarang.
Kemunculan
BABYRINA dan kawan-kawannya telah menjadi fenomena di kalangan
pelayar-pelayar Internet. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab, memuat
turunkan kesemua gambar-gambar BABYRINA yang beraksi lucah bersama-sama
kawan-kawan modelnya yang lain dan mencetaknya sebelum dijual secara
gelap.
Selepas menjadi fenomena, BABYRINA tidak lagi muncul dengan
gambar-gambar baru di Internet. Model lucah Melayu itu hilang begitu
sahaja. Bagaimanapun, pada tahun 2001, BABYRINA dikesan cuba memasuki
negara ini menerusi KLIA. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak membenarkan
dia melepasi had kawalan Imigresen, sekaligus wanita berkenaan diusir
dari negara ini dan pulang semula ke Amerika Syarikat.
Itu sahajalah berita terakhir yang didengar tentang BABYRINA. Dia tidak
dibenarkan kembali ke negaranya kerana gambar-gambar lucahnya yang telah
membuatkan dia terkenal di seluruh dunia.
Itu cerita tahun 2001. Sekarang, pada tahun 2012, sepasang anak Cina
yang belajar di Singapura telah mencipta halaman blog yang memaparkan
gambar-gambar mereka sedang berhubungan intim. Gelagat mereka jauh lebih
lucah berbanding Babyrina memandangkan wanita Melayu berkenaan sekadar
beraksi bogel dan bukannya persetubuhan.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.