Friday, 22 March 2013

[BONGKAR] Papagomo, Bekas Koperal Polis Yang Pernah Dipenjara Kerana Rasuah -updated


KEADILAN: Fitnah lucah blogger BN papar wajah sebenar Umno

KEADILAN menempelak pentadbiran Perdana Menteri menyebar fitnah jahat menggunakan blogger upahan bagi menjatuhkan lawan politik mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran percaya, serangan itu kerana Umno BN sedar mereka gagal meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

“Umno BN memperalat blogger mereka untuk sebar fitnah seperti dilakukan Papa Gomo terhadap Anwar dengan harapan sokongan kepada Pakatan Rakyat dapat disekat.

“Saya yakin, blogger fitnah ini mendapat kedudukan istimewa daripada Umno BN untuk melakukan perkara keji kerana sehingga hari ini belum ada apa-apa tindakan undang-undang diambil ke atas beliau,” kata Surendran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media tersebut selepas peguam Anwar itu memfailkan saman fitnah Ketua Umum KEADILAN berjumlah RM100 juta ke atas blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Saman itu setelah notis 48 jam untuknya memohon maaf dan menarik balik gambar fitnah lucah menyerupai Anwar dari blog itu gagal dilakukan.

Surendran berkata, antara bukti Umno BN begitu mesra dengan blogger tersebut apabila berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak pada Disember 2011.

“Kita harus tahu bahawa bukan semua orang dibenarkan menaiki kapal selam kerana kaitannya dengan aspek rahsia keselamatan negara.

“Pemilihan blogger itu untuk menaiki kapal selam tersebut menunjukkan keselamatan negara ketika ini boleh dikompromi dengan mudah,” kata Surendran
.

Dalam samannya, Anwar yang turut diwakili peguam Latheefa Koya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Tegas Surendran, nilai saman yang difailkan sebenarnya ditanggung Umno BN kerana segala fitnah Papa Gomo itu direstui Umno BN. – NS/KD



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers