Disaat Anwar Ibrahim dan konco-konconya sedang memproses fitnah setiap malam terhadap PM, dan tanpa mempedulikan PM terus dengan agendanya tranformasinya dalam usaha untuk memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Alhamdullilah, walaupun baru empat tahun apa yang dilaksanakan PM nampaknya dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah menunjukkan keputusan yang baik. Itu baru empat tahun, cuba bagi lima tahun lagi nak tengok....pasti akan lebih hebat daripada apa yang ada hari ini. Mungkin ada orang yang tanya apa ke benda itu GTP, ETP ? Hidup aku begini juga....dapat gaji habis....dapat gaji habis.... Kita tak tahu apa ke bendanya sebab kita tak ambil tahu.... Kita lebih seronok dengar khabar angin dan fitnah dari dengar fakta dan angka.... Tapi bagi orang ekonomi mereka lebih nampak dan lebih tahu semua ini sebab setiap hari mereka bergelumang dengan perkara ini. Cuba kita duduk diam-diam dan renung balik hidup kita. Cuba kita fikir balik kehidupan kita dulu dan hari ini. Dulu kita hanya mampu meleleh air liur atau sekali-sekala telan air liur apabila kita lihat orang pakai telefon bimbit, orang pakai komputer riba. Hari ini kita ada tak semua itu ? Mungkin ada orang yang kata, itu semua aku dapat dari hasil duit aku bekerja... Ya betul ! Tapi kalau ekonomi teruk kau boleh dapat kerja ke ? Bila kau tak dapat kerja , kau boleh dapat gaji ke ? Kalau kita malas sangat nak fikir atau nak menelaah pasal perkembangan ekonomi negara, satu benda mudah yang kita boleh ambil untuk buat ukuran. Lihat kenderaan atas jalan raya....bandingkan 10 atau 5 tahun dulu. Sekarang ini lebuh raya tiga lorong pun tak dapat dah nak menampung kenderaan. Hujung minggu pula kalau kita berjalan, berhentilah di R&R di lebuh raya. Nak duduk makan pun berebut tempat. Kalau ekonomi tak bagus orang tak berjalan sebab takde duit. Soal barang naik harga. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Berlaku di seluruh dunia. Orang yang kerja di kilang-kilang yang mengeluarkan barang pun nak naik gaji juga. Mereka pun nak beli samsung note, i pad dan sebagainya juga. Tak kan mereka kerja tahun 70/80an dengan gaji RM 300 , sampai hari ini pun gaji mereka 300 juga ? Itu pasallah kerajaan buat Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk memastikan pendapatan kita terus meningkat seiring dengan perubahan atau kenaikan kos sara hidup sekarang. Kalau anda nak percaya cakap Anwar ibarat anda percaya orang yang jual ubat di kaki lima. Mari...mari....mari....ini ubat bagus. Boleh sembuh penyakit dalam masa 24 jam. Najib pula orang yang jual ubat dalam farmasi.... Antara orang yang jual ubat di kaki lima dengan orang yang jual ubat dalam farmasi, siapa yang anda nak percaya ?
Friday, 22 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.