KUALA LUMPUR, 26 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.
"Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta AG's Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara," katanya. - TMI.
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan. Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit BuntarRupa-rupanya sampai hari ni masih takdak lagi garis panduan untuk 'kerajaan sementara' atau mungkin lebih mudah nak faham kalau disebut 'Caretaker Government'.
Maknanya selama ni dah 12 kali pilihanraya Umum, 'Caretaker Government' yang uruskan kerajaan selepas parlimen dibubarkan buat kerja takdak garis panduan.
Tapi macam istilah 'better late than never' kita mengalu-alukan cadangan menteri ni. Sekurang-kurangnya untuk PRU kali ni ada garis panduan apa yang boleh dan apa yang tak boleh caretaker goverment buat.
Tapinya, aku sikit prejudis kalau orang macam Ghani Patail yang depa kata tak 'cukup sekati' yang tentukan garis panduan tu.
Memang la dari segi jawatannya sebagai Peguam Negara, dia mungkin yang paling berautoriti untuk buat garis panduan tu, tapi berdasarkan kerja buat dia sebelum ni aku yakin garis panduan yang akan keluar nanti tentu punya tak adil, maksud aku garis panduan tu akan banyak menguntungkan Umno BN dan merugikan Pakatan Rakyat.
Patutnya Caretaker Government tu sendiri dilantik dari kalangan individu yang 'tak berpihak' bukannya Perdana Menteri dan kabinet kerajaan sebelum bubar. Dah tentu la caretaker goverment tu takkan beraksi adil.
Cumanya sekurang-kurangnya bila keluar garis panduan tu kita boleh nilai takat mana Caretaker Government tu adil untuk semua pihak.
Paling kurang pun kalau garis panduan tu nampak mengarut, tentu boleh jadi peluru ampuh untuk Pakatan Rakyat guna menghasut rakyat.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.