Saturday 23 March 2013

HOT : MELAYU, CINA DAN INDIA SOKONG BN BUKAN RAKYAT PULAU PINANG..


Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan tunduk dengan desakan dan bantahan rakyat negeri itu terhadap projek terowong dasar laut yang mahu dilaksanakannya.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan, projek berkenaan akan tetap diteruskan bagi memberi manfaat kepada rakyat negeri itu yang dibelenggu masalah kesesakan yang kian meruncing.
Sambil menyifatkan kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kaum Cina dan India yang membantah projek terowong dasar laut di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam sebagai penyokong Barisan Nasional (BN), Guan Eng berkata, projek terowong beserta tiga rangkaian lebuh raya yang bernilai RM6.3 bilion akan berjalan seperti dirancang.
“Walaupun dibantah penyokong BN, rakyat Pulau Pinang yang lain akan terus menyokong kerana kita tidak mahu lagi terus dibelenggu masalah kesesakan trafik yang berpunca daripada BN.
“Keengganan BN menunaikan janji pada 2007 untuk membina monorel serta tindakan mensabotaj usaha kerajaan negeri melaksanakan pengangkutan awam yang efektif di negeri ini adalah cubaan mencekik Pulau Pinang dengan masalah kesesakan trafik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kenyataan balas itu dipercayai ditujukan kepada NGO yang mengadakan beberapa siri demonstrasi membantah projek berkenaan sepanjang minggu ini kerana dikhuatiri akan membawa pelbagai kesan buruk.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers