Nur Misuari ,iaitu antara master mind pencerobohan Lahad Datu hari ini
telah kantoi berbohong apabilak memburukkan kerajaan Malaysia kerana
memecahbelahkan masyarakat Islam Moro di Selatan Filipina.
Sekutu kuat Anwar Ibrahim ini memang mengidamkan Sabah tetapi hari ini MILF mendedahkan siapa Nur Misuari ini .
Barisan Pembebasan Islam Moro
(MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro
(MNLF) Nur Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF
bagi memperkukuh tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab
mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.
Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan palsu semata-mata.
"Misuari melakukan dosa berat
kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan cuai terhadap
MILF dan kerajaan Malaysia," beliau disebut sebagai berkata oleh Pusat
Berita Luwaran.
Serangan lisan terbaru Misuari
itu disiarkan oleh Al-Jazeera, YouTube dan beberapa media arus perdana
Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Ameen mengingatkan Misuari bahawa
Malaysialah yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan
Bangsamoro (BSC) pada 2002 demi menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan
MILF dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka terutama
untuk berurusan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
"Bagaimana pula boleh menggunakan
MILF bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas Sabah, bila Sabah tidakpun
menjadi sebahagian daripada agenda rundingan damai sejak 2001?" kata
Ameen.
Ameen turut memberitahu Misuari
bahawa Malaysia tidak pernah menawarkan diri untuk mengatur rundingan
damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria
Macapagal-Arroyo pada 2001 yang meminta Malaysia bertindak sebagai orang
tengah antara dua pihak berkenaan setelah rundingan diadakan semula,
selepas Presiden Joseph Estrada melancarkan perang terhadap MILF pada
tahun 2000.
Presiden
Arroyo, dalam lawatan luar negaranya yang pertama sejak menjadi
presiden selepas penggulingan Presiden Estrada, telah berkunjung ke
Kuala Lumpur untuk secara rasmi meminta Malaysia mengatur rundingan
damai GPH-MILF.
"Malaysia setakat memberi respon ikhlas terhadap permintaan jiran yang baik," jelas beliau.
Ameen juga mempersoal niat
Misuari yang begitu beria-ia menyokong tuntutan Sabah sekarang sedangkan
beliau tidak pernah menimbulkan isu itu sepanjang 21 tahun rundingan
damainya dengan kerajaan Filipina.
Sementara Perjanjian Damai
Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak
pernah merujuk kepada tuntutan Sabah.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.