Wednesday 27 March 2013

Khairul Fahmi (Apek) Dan Leuniey Kini Sah Bercinta?


Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada Khairul Fahmi yang popular dengan nama Apek sudah menemui cinta baru selepas gagal dalam percintaan sebelum ini. Walaupun sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengan Leuniey Natasha, Apek menafikan yang mereka berdua bercinta. Hanya sekadar kawan biasa.

Sebentar tadi, menerusi Instagram, Apek telah pun mengupload gambarnya bersama Leuniey seperti di atas dengan caption “US”. Tambah menarik apabila Leuniey turut sama mengupload gambar dengan caption yang sama menerusi akaun Instagramnya pulak. Adakah mereka berdua kini sudah sah menjadi pasangan kekasih?


Pastinya ramai gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan berita ini. Namun Abang Nara gembira kerana di mata ini Apek dan Leuniey memang sama cantik sama padan.  Diharap selepas ini tiada lagi kontroversi yang melanda Apek sekaligus Apek dapat fokus terhadap kerjayanya. Semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

2 comments:

  1. blogger ni duduk bawah tempurung ke???
    mamat & minah tu dah kahwin lama dah...
    lembab betul...

    ReplyDelete
  2. Citer da basi boh..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers