Tuesday, 26 March 2013

Menteri Pertahanan Kiram Ditangkap Ketika Mahu Lari Ke Filipina

Amirbahar (kiri) bersama Datu Piah (ketua Perisik) dan Azimiddin Kiram di Kampung Tandou sebelum ini…
Menteri Pertahanan kumpulan Kiram, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang berjaya ditahan pihak berkuasa pada pagi Sabtu lalu didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Kampung Tanduo sejak November lalu.
Satu sumber berkata, siasatan juga mendapati pas lawatan yang digunakan Amirbahar yang difahamkan juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk itu pula didapati telah tamat tempoh.
“Beberapa dokumen milik Amirbahar dirampas pasukan keselamatan termasuk pasport miliknya. Pemeriksaan mendapati, lelaki itu masuk ke Kampung Tanduo menggunakan pas pelancong sejak November lalu.
“Pasport tersebut telah tamat tempoh Januari lalu,” kata sumber tersebut.
Menurutnya, Amirbahar ditahan bersama isterinya pada hari Sabtu lalu dekat kawasan Paya Bakau, Kampung Sri Melor Bugaya Semporna ketika cuba menyelinap untuk lari pulang ke Filipina.
Sementara itu, sepupu Amir Bahar yang juga anak Jamalul Kiram, Jacel Kiram menafikan Amirbahar orang penting dalam tentera Kesultanan Sulu.
Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.
Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.
“Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar,” kata Jacel.
“Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral,” tambahnya.
Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.
Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.
Bapak Amirbahar, Ismail Kiram pernah melarang Jacel membuat sebarang kenyataan kepada media, kerana didapati kerap bercanggah dengan kenyataan rasmi kumpulan Kiram namun tidak dipedulikan olehnya dan mendakwa bercakap merupakan hak asasi beliau

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers