Itu dia Najwa Latif yang boleh dikatakan pandai menumbuk dengan rakan lelaki di sekolahnya. Bahkan ianya terjadi kerana ketidak puasan hati Najwa sendiri kepada pelajar lelaki berkenaan.
Bukan kerana Najwa seorang kaki pukul atau gangster sekolah tapi kerana kebenaran berada di pihaknya, dia menumbuk disebabkan pelajar lelaki berkenaan menunjukkan isyarat lucah kepadanya, lalu kena debomm lah oleh Najwa. Wajar kan tindakan Najwa ini. Namun itu semua menjadi kenangan dan iktibar untuk pelajar wanita lainnya.
Lain-lain mengenai Najwa ada dibawah ini memetik portal GUA:
Sering mengigau ketika tidur. Sama ada tidur siang mahu pun malam.
Fobia dengan eskalator sebab pernah berlaku insiden di mana selipar yang dipakainya terputus gara-gara tersangkut di eskalator. Najwa lebih selesa naik tangga atau naik lif.
Seorang yang kuat makan. Tidak pernah risau tentang berat badan.
Pernah menaiki bas dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan wang RM20 sahaja.
Suka menghendap orang di laman sosial seperti di Instagram dan Twitter.
Memiliki beberapa gajet seperti telefon bimbit Blackberry, Samsung SIII, PlayStation 3, DVD mudah alih dan IPod.
Tidak suka makan ubat atau mengambil sebarang vitamin. Selalu kena paksa dengan pengurus supaya makan vitamin untuk elak kelesuan.
Untuk menjaga suara, Najwa minum madu pada setiap pagi.
Selepas setahun bergelar penyanyi, Najwa sudah mampu membeli sebuah kereta MyVi untuk kegunaan sendiri.
Mempunyai dua barang yang sangat disayangi iaitu jam tangan berjenama Casio dan seutas gelang tangan yang terukir namanya.
Tidak makan di restoran mamak. Biarpun perut terasa sangat lapar, Najwa tidak akan sesekali menjamu selera di restoran pilihan
ramai ini.
Tuesday, 26 March 2013
Najwa Latif Tumbuk Pelajar Lelaki Ganas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.