Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak
Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak
Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU
ke-13 nanti.
Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah
mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr.
Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh
pengundi di situ. Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan
pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.
Bapa Anwar,
Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum
Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat
sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.
Kenapa
Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih? Kenapa
tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang
merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.
Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang
paling selamat baginya.
Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah
adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’, yang mampu memulihkan
imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat,
pelakon dan peliwat.
Nurul Izzah, diketahui sudah terlalu
banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam. Kecenderungannya ke
arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama
dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan
yang tidak dapat diperbaiki lagi. Malah, keengganannya untuk meminta
maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan
memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan
tersebut telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju
dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang menentangnya.
Nurul
Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap
negara sendiri. Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara
dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh
dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai
rahsia-rahsia pertahanan negara.
Baru-baru ini ketika insiden
Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat
cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita, Nurul
Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa
beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada
pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.
Wan
Azizah pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun
sudah tidak boleh lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya
tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu bagi
menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik. Selebihnya,
Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa
semata-mata.
Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai
memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini.
Sebagai orang baru, Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah
cakap. Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha,
maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi
kesukaran. Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan
turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang.
Satu-satunya
‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam
parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu
meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan
hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.
Apapun,
jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana termakan
tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme, maka adalah
wajib bagi mereak untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi calon dalam
PRU kali ini.
Thursday, 28 March 2013
Nurul Nuha Bahan Korban Anwar ????? Kesian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.