Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak
Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak
Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU
ke-13 nanti.
Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa
calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang
juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ. Pantas,
Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal
di kawasan tersebut.
Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di
situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai
bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.
Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih?
Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh
terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan
sendiri. Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja
kawasan yang paling selamat baginya.
Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang
masih ‘suci’, yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang
sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.
Nurul Izzah, diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu
dan orang Islam. Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara
dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam
menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
Malah, keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi
sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri
dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus
imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak
yang menentangnya.
Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya
terhadap negara sendiri. Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di
luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya
bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar
mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara.
Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu
dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga
dengan wira-wira kita, Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang
menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan
sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan
keselamatan dan pertahanan negara.
Wan Azizah pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan
pun sudah tidak boleh lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar bangga
memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja.
Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik.
Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum
paksa semata-mata.
Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada
imej keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru, Nurul
Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap. Tiada apa yang
boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja
tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran. Bermodalkan
legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak
mustahil Nuha boleh menang.
Satu-satunya ‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat
jelas dalam parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod,
Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja
dan bukan hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.
Apapun, jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana
termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme,
maka adalah wajib bagi mereak untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi
calon dalam PRU kali ini.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.