Tengah malam tadi, berakhirlah riwayat dan hayat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara automatik apabila ia terbubar dengan sendiri tanpa kehadiran menteri besar SEMENTARA, Mohamad Hasan menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah.
Pembubaran
itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal
56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari
tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan
terlebih dahulu.
Mesyuarat
pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda
utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.
Selama
ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya
dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen
bagi membolehkan pilihanraya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di
negeri ini diadakan serentak.
Memandangkan
Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini
terbubar secara automatik berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama
bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.
Pilihanraya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008.
Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.
Bagi
DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7
April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25
April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta
Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.
Berikutan
pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihanraya untuk
kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan
pilihanraya.
Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Mohamad Hasan.
Sementara
itu, Speaker DUN Negeri Sembilan, Razak Mansor berkata beliau akan
memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan
membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
DUN
Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan keputusan pilihanraya umum
ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan
selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10),
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) (4) dan satu oleh PAS.
Pada
11 Oktober 2009, satu pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31
Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN).
Ia
menyaksikan calon BN, Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas menteri
besar, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly
Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435.
Implikasinya
terhadap sejarah politik negara adalah, belum pernah mana-mana DUN
dalam mana-mana bahagian negeri di Malaysia terbubar secara automatik
iaitu menteri besar atau ketua menteri tidak menghadap Sultan atau Yang
di-Pertua negeri bagi pembubaran DUN.
Dari
sudut politik, ia jelas menggambarkan bahawa kerajaan yang berkuasa
sebelum DUN dibubarkan tidak mempunyai 'keberanian' untuk memanggil
pilihanraya sebelum mandat berakhir lima tahun.
Ini
sudah cukup membuktikan bahawa spekulasi kedudukan kerajaan yang
berkuasa akan kalah dalam pilihanraya umum ternyata benar tanpa sebarang
hujah konkrit bagi mewajarkan alasan tersebut.
Ternyata
dari segi moral, BN sudah dianggap 'mengaku kalah' kerana jika mereka
merasakan BN akan mampu membentuk kerajaan negeri, sudah pasti DUN tidak
perlu dibubar atau trbubar secara automatik.
Menurut
penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari, ia merupakan
satu episod malang dalam sistem politik negara apabila kerajaan
memerintah terpaksa menunggu hingga saat akhir dan ditambah 24 jam lagi
hayat kerajaan kononnya merujuk kepada Akta Interpretasi 1948 dan 1967 mengikut Seksyen 54 (1) Akta 388.
Keadaan
ini dikhuatiri akan memberikan implikasi kewangan terutama apabila
beberapa keputusan besar dibuat meskipun mandat pemerintahan telah
berakhir.
Ahli
Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, tempoh mandat pemerintahan
diberikan rakyat melalui pilihanraya hanyalah lima tahun iaitu sejak 8
Mac 2008.
Keadaan
ini turut disokong melalui kenyataan Perdana Menteri, Najib Altantuya
yang meminta rakyat memberikan mandat lima tahun lagi kepada Umno-BN.
“Bila habis mandat, hak rakyat adalah memberikan mandat baru.
“Keadaan
sekarang saya sifatkan sebagai satu rampasan kuasa rakyat tanpa
senjata,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS semalam.
Menurutnya,
sepanjang tempoh ‘tamat mandat’ sejak 8 Mac 2013, kerajaan perlu
mengumumkan semua keputusan projek yang telah diberikan kelulusan selain
beberapa perjanjian termasuk di dalam Pameran Maritim Antarabangsa
Langkawi (LIMA ’13).
Jelasnya,
kerajaan sementara yang berkuasa selepas pembubaran DUN atau Parlimen
bagi menguruskan urusan harian tidak boleh membuat keputusan yang
melibatkan implikasi kewangan.
Pentadbiran
sementara negeri kini tidak boleh membuat keputusan penting yang
mengakibatkan kerajaan baru yang akan dibentuk selepas keputusan
pilihanraya umum ke-13 menanggung beban atas sebarang komitmen atau
perjanjian jangka panjang.
Adalah penting untuk bekas ADUN Pakatan Rakyat memantau setiap perjalanan pentadbiran dan kewangan negeri selain menyelia bersama dengan kerajaan sementara sementara menunggu pilihanraya dijalankan.
Jika
persoalan tidak ada satu garis panduan khusus bagaimana pentadbiran
sementara boleh berfungsi, ia satu alasan dangkal kerana sistem
Westminster sudah lengkap menunjukkan satu persatu kaedahnya tetapi
selalu dilanggar BN yàng terus menyalah gunakan kuasa selaku kerajaan
sementara.
Inilah
masanya untuk seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada
Negeri Sembilan kerana setelah Pakatan Rakyat bertambah kuat, tiada lagi
sebab untuk BN berani melanggar peraturan terhad yang digariskan dalam
undang-undang negeri.
Paling
penting, ia sekaligus memberi isyarat bahawa Najib Altantuya kini boleh
mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi empuknya di Putrajaya kerana
moralnya sudah cukup rendah diasak Pakatan Rakyat dan diparahkan lagi
dengan kenyataan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang seakan
menyindir (walaupun katanya bergurau) jika dia berada di tempat Najib
Altantuya, parlimen sudah lama dibubarkannya!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.