TIDAK
semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO
tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula heboh menyatakan kewujudan Video
Seks Nurul Izzah.
Kita amat
memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili
kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang
tidak mampu lagi menelannya.
Dalam kes
ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap
UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.
Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya.
Ini kerana
ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di
hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya
belum lagi kedengaran.
Mungkinkah
ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan
sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke
arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan
sepupu Taib Mahmud?
Walau
apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan
kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan
dalangnya tidak dapat dipastikan.
Apa yang
kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah
sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan
hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.
Jangan kita
lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia
menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.
Segala
sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan
mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di
mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.
Faktor cinta
tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling
besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan,
semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.
Kita tahu
Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga
tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan
Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya.
Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri. Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN.
Malah,
beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya
mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap
wanita itu elok diabaikan saja.
Tidak
berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video
seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan
diri dan parti.
Ps:
Kalau setakat Nurul Izzah tu, tak payah susah - susah nak buat cerita
yang bukan - bukan. Cukup sekadar mempertikaikan pasal pasal khidmat dia
kepada rakyat pun dah cukup untuk buat dia meroyan tak tenu arah!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.