Wednesday, 3 April 2013

KELANTAN AFTER DARK: PAS defensif, Penyokong serang wartawan!!!



The Unspinners dan ramai rakan-rakan blogger sudah bertahun-tahun mendedahkan kegiatan maksiat, masaalah sosial, judi, arak dll di kelantan dan akhirnya New Straits Times berani melakukan penyiasatan dan pendedahan.

Artikel NST SINI, SINI dan SINI telah mendedahkan satu keadaan yang sungguh menyedihkan kepada masyarakat Islam Melayu kelantan akibat kemiskinan yang lahir dari pentadbiran lemah dan kecuaian kerajaan PAS kelantan.

Dadah boleh diperolehi dengan mudah. Kononnya negeri pemerintahan Islam tapi disco dan arak masih wijud, kemungkinan mata pentadbiran tempatan tertutup kepada wang dari taukeh-taukeh besar. Anak-anak gadis melacurkan diri kerana wang yang lumayan dan menampung keluarga di kampong.

PAS hanya lebih retorik dan politik dari mentadbir. Pemimpin PAS hanya lebih mahir berceramah dari bekerja merancang, melaksana dan memantau program pembangunan negeri dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, budaya, dll.

Kelantan boleh dilihat sebagai sebuah FAILED STATE yang gagal memberi perkhidmatan asas seperti air kepada rakyat. Hutan belantara dibogelkan dan pencemaran alam sekitar berleluasa demi mengejar wang segera untuk menampung deficit kerajaan negeri.

Rakyat meninggalkan negeri untuk ke negeri-negeri lain untuk mencari penghidupan. Ugama diberi keutamaan dari segi aspek yang tidak memajukan dan politik. Penuh retorik dan politik penuh tipu daya helah dan fitnah belaka. Budaya Islam yang mendewakan pemimpin.

Ah ... panjang cerita.


Pendedahan NST yang dibuat oleh wartawan Fara dan rakan-rakannya betul mendapat perhatian pihak PAS. Ini pula reaksi lemah mereka dan jawapan balas kami dalam bold hitam.

Bismillah, saya membaca laporan muka depan New Straits Times semalam berkenaan dengan masalah sosial di Kelantan dengan tajuk KELANTAN AFTER DARK, ia disambung lagi dengan liputan dari Buletin Utama TV3 malam semalam. Seorang pemimpin utama UMNO Kelantan pula mengeluarkan kenyataan bahawa ini menunjukkan Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah, saya tidak pernah menyatakan Kelantan sempurna, tetapi kita telah melakukan yang terbaik dalam kemampuan kerajaan negeri untuk mengekang masalah sosial. 


Selama ini mereka begitu takabur mengatakan kelantan negeri maju dan hebat dengan kepimpinan Islam dan ini bertukar kepada hujah defensif?

Kita tidak mengeluarkan lesen judi, tidak mengeluarkan lesen rumah urut, dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Begitu juga dengan penguatkuasaan sentiasa berjalan dari masa ke semasa.

Isunya PAS menimbulkan isu kelemahan perlaksanaan di tempat lain tapi negeri pentadbiran mereka sendiri lemah. Mana keikhlasan teguran mereka?

Laporan NST hanya menyebut senario tanpa menyebut fakta-fakta yang jelas di mana lokasi untuk memudahkan penguatkuasa mengadakan serbuan. Tanpa maklumat, bagaimana penguatkuasa mahu bertindak?


Kenapa pula NST yang dibebankan dengan tanggungjawab penguatkuasaan? Sebagai wartawan, mereak ada etika dan tanggungjawab untuk menyimpan rahsia identiti sumber. Hilanglah kepercayaan sumber kepada wartawan jika ianya diberitahu. 


Nampak sangat penguatkuasa kerajaan PAS Kelantan malas tak mahu buat kerja!!!
Sepatutnya UMNO turut membantu ke arah mencegah gejala sosial. Bahkan semua pihak sepatutnya membantu kerajaan negeri menjayakan undang-undang yang diperkenalkan.

Sayangnya, apa yang UMNO lakukan ialah sentiasa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, menampilkan persembahan artis wanita secara terbuka yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.


Ini langsung tak wujud. Kalau gitu PAS cabar undang-undang ke setiap kali mereka timbulkan isu di tempat lain?

Persoalan sosial ialah masalah kita bersama. Kerajaan negeri telah memperkenalkan peraturan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Jika wujud aktiviti tidak bermoral, ertinya ia wujud tanpa kebenaran. Soalan saya, adakah meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah bermaksud kerajaan pusat membenarkan ia berlaku?

Dalam melakukan pendedahan ini, NST juga memainkan peranan mereka dalam menangani masalaha ini. Jika tidak didedahkan akan ada pihak politik PAS yang akan sorok perkara ini dari diketahui rakyat. 


Dengan pendedahan ini, penguatkuasa barulah rasa urgent nak lakukan penguatkuasaan. Macam mana PAS cuba hujah, kuasa menguatkuasa terletak pada kerajaan. Di Selangor, polis boleh serbu tempat-tempat sedemikian tapi kerajaan negeri tetap biarkan mereka beroperasi.


Jika hanya petak sawah kita dijaga dengan baik sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan ular dan tikus tanpa jagaan, ular dan tikus pun akan membiak masuk ke petak sawah kita!


Kalau kita lihat, mereka tidak nafikan hal ini tapi bersikap defensif dan masih mahu cuba menunding jari kepada NST dan bukan mengambil tanggungjawab. Apa salah kata terima kasih dengan pendedahan NST dan teruskan akan mengatakan akan ambil langkah yang sepatutnya dna meningkatkan pamantauan???

Bukan saja sikap sedemikian, pihak PAS melakukan serangan peribadi terhadap MESSENGEER oOF THE MESSAGE.

Mereka siarkan di Facebook SINI gambar Fara sebagai muka wanted


Harap pergi ke Facebook tersebut dan pertahankan Fara. Tak hairan macam-macam isu peribadi Fara akan dikorek atau direka-reka untuk discredit dia.

Selesaikan masaallah maksiat tak juga dilakukan....

Malah pemimpin-pemimpin PAS bergelumang dengan maksiat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers