Wednesday, 3 April 2013

Pelakon yang nama sering disebut-sebu

Pelakon yang nama sering disebut-sebut, Nur Syatilla Amirol Melvin atau Syatilla Melvin mengakui rapat dengan aktor kacak Shaheizy Sam dan menjelaskan hubungan mereka sekadar kawan biasa.
"Tilla memang rapat dengan Sam, tapi kami kawan biasa je. Kami mula kenal masa hadiri acara-acara yang dianjurkan oleh pihak media. Masa itu Tilla terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja lagi,” katanya
Sejak muncul menerusi drama Julia, pelakon yang membawakan watak Katrina ni mula mendapat perhatian peminat industri hiburan sehingga timbul gosip yang mendakwa gadis ini bercinta dengan pelakon terkenal, Shaheizy Sam.
Mengulas lebih lanjut mengenai gosip antara Syatilla dan Sam, timbul juga dakwaan mengatakan Sam telah menghadiri majlis perkahwinan kakak Syatilla, iaitu Syafiqah Amirul Melvin yang juga juara untuk program Gadis Melayu musim kedua pada bulan Julai lalu di Parit Buntar, Perak.
“Ya, memang Sam ada datang. Kebetulan masa tu dia ada penggambaran dekat Pulau Pinang. Lagipun jarak dari Pulau Pinang ke Parit Buntar pun tak jauh dan dia singgah la kejap. Itu kali pertama dia jumpa dengan keluarga Tilla", katanya yang turut mengakui senang berkawan dengan aktor yang baru saja memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Anugerah skrin) itu, kerana mereka 'sekepala'.
Disamping itu, pelakon wanita ini turut akui yang dia amat meminati lakonan Sam dan sering mendapatkan nasihat daripada pelakon berbakat itu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers