Wednesday 3 April 2013

Persepakatan BN lebih elok - Ulama Pondok


Ulama, tok guru dan NGO Islam Kelantan menyatakan perjuangan PAS sudah kufir tapi tidak menghukum 


Tahaluf siyasi BN adalah yang paling ideal

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN dan KHAIRULANUAR YAHYA

KUALA LUMPUR 2 April - Ulama, tok guru pondok dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Kelantan mengulangi pendirian mereka menolak perjuangan Pas yang dianggap sudah lari daripada landasan asal.

Rata-rata mereka mengatakan Pas kini hanya memperjuangkan kepentingan politik semata-mata berbanding memperjuangkan Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.

Berbanding Barisan Nasional, tahaluf siyasi (kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya dengan parti-parti bukan Islam) lebih ideal di mana mengangkat Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.

Malah, mereka turut mendakwa pemimpin Pas yang sebelum ini mengatakan haram UMNO bergabung dengan MCA dan MIC, kini melakukan pakatan dengan DAP pula.

Ini dakwa mereka, Pas bukanlah parti politik yang berlandaskan perjuangan Islam lagi.

Lebih buruk kata mereka, demi survival politik pemimpin Pas, mereka sanggup mengangkat pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin utama dan membayangkan bukan Islam boleh menjadi perdana menteri.

Antara ulama, tok guru dan NGO Islam berkenaan ialah Tok Guru Pondok Genting, Abdullah Saámah; Bekas Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin; Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya; AJK Minda Pondok, Mohd. Zainal Abidin Awang; Pertubuhan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff Al Hafiz dan penceramah, Mohd. Zain Mohd. Sah. - 
Laporan Langsung Utusan Online

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers