PETALING JAYA- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keputusannya untuk
tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya
Umun ke-13 akan datang menerima bantahan daripada penyokongnya.
Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah kerusi ke
Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya
tercapai.
Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan bagi ‘memujuk’ pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu.
“Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu jelaskan
kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak.
“InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan mahu
meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh,” katanya pada sidang media
di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.
Wednesday, 3 April 2013
Anwar SAH Lepaskan Permatang Pauh, Bayangkan Akan Ke Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.