Masih belum selesai kisah konflik
rumahtangga dengan pemain bola kebangsaan, Aidil Zafuan, kini timbul
pula khabar angin mengatakan Rita Rudaini kini ditaja oleh seorang
lelaki yang berpangkat Datuk.
Rita menafikannya dan mengatakan tuduhan
ini berbangkit sejurus selepas ada pihak yang bingung dengan penggunaan
nama RS terhadap jenama produknya itu.
Ura-ura ini timbul selepas Rita
mengeluarkan sebuah produk RS Collagen dan banyak pihak membuat andaian
bahawa abjad S itu merujuk kepada pangkal nama datuk yang menajanya.
“Banyak pihak yang tuduh bahawa Rita
dispedo seorang Datuk bernama S. Semuanya sebab nama RS Collagen. Banyak
orang tak tahu, sebenarnya RS adalah gabungan nama Rita dengan teman
perniagaan Rita iaitu Saleha.
Rita turut mengatakan bahawa dia sudah lali dengan cakap-cakap orang di luar sana mengenai dirinya.
“Apa orang nak cakap biarlah, ini adalah usahasama Rita dan Saleha saja,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.