Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai didakwa melakukan gerakan
pendaftaran pengundi baharu secara tidak sah apabila menggunakan borang
palsu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memancing lebih banyak undi
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Mendedahkan perkara itu, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan
Kemasyarakatan, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, M. Parthiban
mendakwa, strategi kotor yang menggunakan pelajar institut pengajian
tinggi itu dikenal pasti bermula sejak 2009 dan dipercayai telah berjaya
mengumpulkan kira-kira 5,000 pengundi baharu dalam kalangan penduduk.
Mengulas lanjut, Partiban juga tidak menolak kemungkinan gerakan itu
turut melibatkan PKR peringkat Pusat yang dipercayai bertanggungjawab
memindahkan maklumat pengundi termasuk meniru tanda tangan mereka ke
borang asal SPR.
"Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang cenderung menyokong
pembangkang sahaja akan dipindahkan maklumat mereka ke borang asal dan
didaftarkan sebaliknya, pengundi pihak kerajaan tidak didaftarkan,"
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Partiban berkata, seramai 40 hingga 50 ahli PKR
kawasan Parlimen itu dilaporkan akan keluar dari parti itu dalam masa
terdekat.
Wednesday, 3 April 2013
PKR Lembah Pantai Edar Borang Daftar Undi Palsu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.