KUALA LUMPUR: Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.
"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang. - mStar.
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan. Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit BuntarMalas aku nak komen hasil fikiran otak BANGANG menteri Umno yang ada phd ni, langsung tak sesuai dengn tahap pendidikan yang Dr. Hasan Ali kata 'dah sampai ke siling'. Tapi bila difikir balik, memang SOP dia macam tu kut, nak kena jadi BANGANG kalau dah jadi pemimpin Umno.
Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 23 Mac: Tempoh 10 minit untuk parti politik membentang manifesto pilihan raya di RTM disifatkan tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.Roketkini melaporkan:
“Saya melihat idea ini tidak masuk akal, hanya melepaskan batuk ditangga. Mana cukup 10 minit nak bentang manifesto.
“Ini menunjukkan mereka (Umno BN) semakin takut terhadap Pakatan Rakyat. Ia tidak lebih untuk menunjukkan mereka terbuka dalam usaha menarik undi,” katanya dihubungi. - KD.
GEORGE TOWN, 25 MAC: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak tawaran masa 10 minit untuk membentangkan manifesto, menyifatkan tawaran tersebut sebagai suatu jenaka dan usaha BN untuk berlakon seolah-olah mereka melaksanakan kebebasan media.Harakahdaily pula melaporkan:
Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata bahawa tawaran 10 minit itu seolah-olah memperlihatkan Pakatan Rakyat seperti pengemis.
Menurut Guan Eng, Pakatan Rakyat menuntut supaya mereka diberi hak untuk menjawab pertuduhan dan fitnah yang disiarkan secara berterusan oleh media arus perdana yang dikawal UMNO dan Barisan Nasional; bukan sahaja sewaktu musim pilihanraya tetapi sepanjang masa. - Roketkini.
KUALA LUMPUR: PAS menghargai keputusan kerajaan memberikan ruang kepada parti politik muncul 10 minit melalui Radio Televisyen Malaysia untuk menjelaskan manifesto pilihan raya, namun melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam' sahaja.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan 'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media.
Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan itu dilihat satu perkara yang mengaibkan.
"... jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara yang mengaibkan. Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih.
"PAS menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan mereka menilai," katanya dipetik Sinar Harian Online.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.